Isnin, 22 Disember 2008

99 Nama Allah

AR-RAHMAN

MAHA PEMURAH

AR-RAHIM

MAHA PENGASIH

AL-MALIK

MAHA AGUNG

AL-QUDDUS

MAHA SUCI

AS-SALAM

MAHA SELAMAT SEJAHTERA

AL-MUKMIN

MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

AL-MUHAIMIN

MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

AL-AZIZ

MAHA BERKUASA

AL-JABBAR

MAHA KUAT

AL-MUTAKABBIR

MAHA MEMILIKI KEBESARAN

AL-KHALIQ

MAHA PENCIPTA

AL-BARI

MAHA MENJADIKAN

AL-MUSAWWIR

MAHA PEMBENTUK

AL-GHAFFAR

MAHA PENGAMPUN

AL-QAHHAR

MAHA MENENTUKAN

AL-WAHHAB

MAHA PEMBERI

AR-RAZZAQ

MAHA PEMBERI REZEKI

AL-FATTAH

MAHA PEMBUKA

AL-ALIM

MAHA MENGETAHUI

AL-QABIDH

MAHA PENGEKANG

AL-BASIT

MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

AL-HAFIDD

MAHA MERENDAHKAN

AR-RAFI’

MAHA MENINGGIKAN

AL-MU’IZ

MAHA MEMULIAKAN

AL-MUZIL

MAHA MENGHINAKAN

AS-SAMI’

MAHA MENDENGAR

AL-BASIR

MAHA MELIHAT

AL-HAKAM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘ADL

MAHA ADIL

AL-LATIF

MAHA LEMBUT

AL-KHABIR

MAHA MENGETAHUI

AL-HALIM

MAHA PENYANTUN/SABAR

AL-‘AZIM

MAHA AGUNG

AL-GHAFUR

MAHA PENGAMPUN

ASY-SYAKUR

MAHA BERSYUKUR

AL-‘ALIY

MAHA TINGGI

AL-KABIR

MAHA BESAR

AL-HAFIZ

MAHA PEMELIHARA

AL-MUQIT

MAHA PENJAGA

AL-HASIB

MAHA PENGHITUNG

AL-JALIL

MAHA SEMPURNA

AL-KARIM

MAHA PEMURAH

AR-RAQIB

MAHA MENGAWASI

AL-MUJIB

MAHA MENGABULKAN

AL-WASI’

MAHA LUAS

AL-HAKIM

MAHA BIJAKSANA

AL-WADUD

MAHA MENGASIHANI

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-BA’ITS

MAHA MEMBANGKITKAN

ASY-SYAHID

MAHA MENYAKSIKAN

AL-HAQ

MAHA BENAR

AL-WAKIL

MAHA PENTADBIR

AL-QAWIY

MAHA KUAT

AL-WALIY

MAHA PELINDUNG

AL-MATIN

MAHA TEGUH

AL-HAMID

MAHA TERPUJI

AL-MUHSI

MAHA PENGHITUNG

AL-MUBDI

MAHA MEMULAI

AL-MU’ID

MAHA MENGEMBALIKAN

AL-MUHYI

MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUMIT

MAHA MEMATIKAN

AL-HAYY

MAHA HIDUP

AL-QAYYUM

MAHA BERDIRI SENDIRI

AL-WAJID

MAHA PENEMU

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-WAHID

MAHA ESA

AL-AHAD

MAHA ESA (SATU)

AS-SAMAD

TEMPAT BERGANTUNG

AL-QADIR

MAHA BERUPAYA

AL-MUKTADIR

MAHA BERKUASA

AL-MUKADDIM

MAHA MENYEGERAKAN

AL-MUAKHIR

MAHA MENGAKHIRKAN

AL-AWWAL

YANG PERTAMA

AL-AKHIR

YANG AKHIR

AZ-ZAHIR

YANG ZAHIR

AL-BATIN

YANG BATIN

AL-WALI

YANG MEMERINTAH

AL-MUTA’ALI

MAHA TINGGI & MULIA

AL-BARR

MAHA BAIK

AT-TAWWAB

MAHA PENERIMA TAUBAT

AL-MUNTAQIM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘AFUW

MAHA PEMAAF

AR-RAUF

MAHA BELAS KASIHAN

MALIKUL-MULK

MAHA PEMILIK KERAJAAN

DZUL-JALALI

MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN

AL-MUQSIT

PEMILIK KEADILAN

AL-JAMI’

MAHA MENGUMPULKAN

AL-GHANIY

MAHA KAYA

AL-MUGHNI

YANG MAHA MEMAKMURKAN

AL-MANI’

MAHA PENCEGAH

AD-DARR

MAHA MENDATANGKAN

AN-NAFI’

YANG MEMBERI MANFAAT

AN-NUR

MAHA PEMBERI CAHAYA

AL-HADI

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AL-BADI’

MAHA PENCIPTA KEINDAHAN

AL-BAQI

MAHA KEKAL

AR-WARITS

MAHA MEWARISI

AR-RASYID

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AS-SABUR

MAHA PENYABAR

Solat 5 Waktu

Sudah diketahui turunnya Adam dan keturunan-keturunannya ke muka bumi ini tidak lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Salah satunya adalah menunaikan solat lima waktu.... mengapa lima?

1. Sembahyang Zohor (4)dan Asar (4) = 8 rakaat
Sebab pintu syurga ada 8 semuanya. Jadi, apabila seseorang itu menunaikan sembahyang Zohor dan Asar, akan terbukalah pintu-pintu syurga berkenaan.

2. Sembahyang Maghrib (3) dan Isyak (4) = 7 rakaat
Sebab neraka jahanam itu ada 7 tingkat. Ini bermakna jika seseorang itu bersembahyang Maghrib dan Isyak, maka pintu untuk setiap tingkat akan tertutup.

3. Subuh (2) = 2 rakaat
Kerana siang dan malam adalah tempat dosa dan pahala. Oleh itu sesiapa yang menunaikan sembahyang subuh maka dia akan memperoleh pahala. Sebaliknya, jika dia meninggalkan sembahyang subuh, maka dia akan terjerumus ke dalam dosa.

Demikianlah faedah mengapa Allah Taala mewajibkan ke atas kita sebanyak 17 rakaat..

Rukun Iman

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


Beriman kepada ALLAH SWT

Sifat Allah
Wajib
Mustahil
Harus
20
Lawan sifat 20
1


Beriman kepada Malaikat-malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
'Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga


Beriman kepada Kitab-kitab

Kitab Samawi
Al-Quran
Injil
Zabur
Taurat
Muhammad
Bahasa Arab
Isa
Bahasa Siryani
Daud
Bahasa Qibti
Musa
Bahasa Ibrani


Beriman kepada Rasul-rasul

1.Adam 2.Idris 3.Nuh 4.Hud 5.Saleh
6.Ibrahim 7.Luth 8.Ishak 9.Ismail 10.Ya'qub
11.Yusuf 12.Ayub 13.Syu'aib 14.Harun 15.Musa
16.Ilyasa' 17.Zulkifli 18.Daud 19.Sulaiman 20.Ilyas
21.Yunus 22.Zakaria 23.Yahya 24.Isa 25.Muhammad S.A.W.


Beriman kepada Hari Kiamat


Beriman kepada Qada dan Qadar

  • Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
  • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
  • Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah

Ahad, 21 Disember 2008

Nama-nama Malaikat

Allah S.W.T berfirman,

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …" (QS. Al Baqarah : 177)

"Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (QS. An Nisaa' : 136)

Rasulullah S.A.W bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,

"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya" (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab r.a)

Dalam hadis shahih yang lain Rasulullah S.A.W sallam bersabda,

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian" (HR. Muslim no. 2996, dari 'Aisyah r.a)

Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah S.W.T beserta tugas-tugasnya :

  1. Jibril

Adalah malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah S.W.T berfirman,

"Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang" (QS. At Takwiir : 23)

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi" (HR. Muslim no. 177, dari 'Aisyah r.a)

Abdullah bin Mas'ud r.a menjelaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W melihat jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)

  1. Mika-il

Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan di mana semua rezeki di dunia ini berkait rapat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta'ala berfirman,

"Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir" (QS. Al Baqarah : 98)

  1. Israfil

Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan Kejut, tiupan kedua adalah tiupan Matidan tiupan ketiga adalah tiupan Bangkit.

  1. Malik

Dia adalah penjaga neraka. Allah S.W.T berfirman,

"Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)'. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu" (QS. Az Zukruf : 77-78)

  1. Ridhwan

Dia adalah penjaga Syurga. Ada sebagian hadis yang dengan jelas menyebutkan dirinya ( al Bidaayah wan Nihaayah I/45)

6 dan 7. Munkar dan Nakir

Terdapat penyebutan dengan mereka di dalam hadits Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,

"Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir" (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)


8. 'Izra-il

Penamaannya dengan malaikat maut tidak disebutkan dengan jelas di dalam al Qur'an mahupun hadis-hadis yang sahih. Adapun penamaan dirinya dengan 'Izrail terdapat di sebagian atsar . WallaHu a'lam.

9 dan 10. Raqib (mencatat amalan baik) dan 'Atid (mencatat amalan buruk)

Sebagian ulama' menjelaskan bahawa di antara malaikat ada yang benama Raqib dan 'Atid. Allah S.W.T berfirman,

"Maa yalfizhu min qaulin illaa ladayHi raqiibun 'atiidun" yang artinya "Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir" (QS. Qaaf : 18)

Keduanya hanya sifat bagi dua malaikat yang mencatat perbuatan hamba. Makna Raqib dan 'Atid ialah dua malaikat yang hadir, menyaksikan amalan yang dilakukan oleh manusia.