Sudah diketahui turunnya Adam dan keturunan-keturunannya ke muka bumi ini tidak lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Salah satunya adalah menunaikan solat lima waktu.... mengapa lima?
1. Sembahyang Zohor (4)dan Asar (4) = 8 rakaat
Sebab pintu syurga ada 8 semuanya. Jadi, apabila seseorang itu menunaikan sembahyang Zohor dan Asar, akan terbukalah pintu-pintu syurga berkenaan.
2. Sembahyang Maghrib (3) dan Isyak (4) = 7 rakaat
Sebab neraka jahanam itu ada 7 tingkat. Ini bermakna jika seseorang itu bersembahyang Maghrib dan Isyak, maka pintu untuk setiap tingkat akan tertutup.
3. Subuh (2) = 2 rakaat
Kerana siang dan malam adalah tempat dosa dan pahala. Oleh itu sesiapa yang menunaikan sembahyang subuh maka dia akan memperoleh pahala. Sebaliknya, jika dia meninggalkan sembahyang subuh, maka dia akan terjerumus ke dalam dosa.
Demikianlah faedah mengapa Allah Taala mewajibkan ke atas kita sebanyak 17 rakaat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan